Jul 25 2010
Semoga
Tuhan
Moga sakit yang dideritai
Akan menghilang jua
Aku berlindung dengan kalimahMu Ya Rabbi
Amin..
Jul 25 2010
Tuhan
Moga sakit yang dideritai
Akan menghilang jua
Aku berlindung dengan kalimahMu Ya Rabbi
Amin..
Jul 15 2010
Guruh berdentum sayup-sayup
angin mulai dingin
awan hitam berarak bersama angin
hujan pasti turun sekejap nanti
rahmat Ilahi tidak bertepi…
Jul 10 2010
Waktu adalah misteri Ilahi. Waktulah yang telah memisahkan kita menjadi kenangan. Dan waktu juga telah mempertemukan semula semua kenangan itu. Hampir terlupa semua yang lalu. Tiba-tiba carik kenangan itu muncul. Dan kisah-kisah semalam menerkam semula kotak pemikiran. Aduhai. Inilah kehidupan. Mana mungkin mampu dipadam yang lepas.
.
.
.
Hari ini. Aku pasti terus menjadi aku. Melangkah terus adalah wajib. Cuma sesekali langkah terhenti. Menoleh seketika pada apa yang telah kutinggalkan. Banyak sudah yang berlalu. Di depan entah apa yang menunggu. Pejamlah mata, bernafaslah dengan tenang. Walau apa pun arahku, ke negeri abadi titik noktahnya.
Jul 10 2010
Bertahun terputus hubungan. Hari ini aku membaca secebis tentang hidupmu. Apa yang ada dalam hati bukan semestinya yang dizahirkan oleh perlakuan. Aku melihat gambar-gambarmu tersenyum di samping insan tersayang. Namun percayalah, apa yang ada dalam hatimu, hanya Allah
SWT sahaja yang mengetahui.
Kebahagiaan bukan diukur pada lebarnya senyuman. Atau banyaknya aksi-aksi riang. Kebahagiaan sebenar ialah memiliki hati yang tenang dan jujur dengan kehidupan, ikhlas pada Pencipta. Kebahagiaan adalah kebenaran dalam hati manusia.
Manusia akan selalu berpura dan enggan menjadi benar sehinggalah dia bertemu dengan Penciptanya. Selalu dan akan selalu aku mengingatkan diriku: Dunia bukanlah medan penentuan yang benar dan yang salah. Carilah kebahagiaan di sana. Di sana yang abadi. Di sana tiada yang berpura. Di sanalah kebenarannya. Insyaallah.
Jul 10 2010
Mungkin inilah yang dikatakan penebus dosa. Atau mungkin juga takdir hidup.
Sebenarnya aku seperti membiarkan semuanya berlalu tanpa rasa kesal. Bodohkah aku?
Mata sudah lesu. Dan hati telah beku. Yang tinggal adalah carik-carik kenangan yang pudar. Yang telahpun lama terbang dibawa angin. Tetapi sesekali singgah juga menyapa.
Kenangan akan kekal kenangan. Tapi ianya sudah mati. Tidak bernyawa lagi. Lalu kenapa harusku persia airmata ini. Ia telah tamat! Titik.