Merindui Kaabah

November 30th, 2007


nullAda sedikit rasa terkilan tatkala mencium tangan cek su yg akan ke mekah minggu depan. Rasa terkilan berbaur cemburu. Kerana merindui kaabah. Banyak sudah kisah indah saya dengar tentang tempat suci itu. Hati begitu melonjak-lonjak ingin menjejakkan kaki ke bumi anbia itu. Melihat didepan mata kaabah yg kukiblatkan saban hari. Menikmati perasaan bilamana memanjatkan doa didepan kubah empat segi penuh sejarah itu. Selalu kutitipkan pesan pada mereka yg kesana, moga sampai masanya, aku juga akan kesana. Tapi semalam saat bersalaman itu rasa sungguh berbeza. “Terasa sangat nak kesana…” terkeluar juga yg tertanam di lubuk hati. Moga impian ini menjadi doa yg makbul. Teringat mafhum salah satu ayat suci.’Bilamana datang pertolongan dr Allah (SWT)..seribu maliakat menebarkan sayap membawa pertolongan itu..’ Amin..

  

Cuti

November 28th, 2007


Cuti dah bermula dua minggu yg lalu. sejujurnya, utk cuti kali ini belum ada perancangan tertentu. Ditambah pula, bulan depan ada majlis sambut menantu adik saya (Insyaallah). Hingga ke hari ini, agenda harian saya biasa-biasa saja. Pagi mengemas dapur dan rumah, laundry, blogging, riadah. Saya ingin melakukan aktiviti santai begini puas-puas dulu, sebelum memikirkan agenda ‘cuti-cuti malaysia’. Inilah peluang utk saya lebih memahami IT. Sebetulnya saya susah sikit nak buat benda-benda macam ni. Bukan apa, nak duduk mengadap laptop sambil baca macam-macam benda tu yang rasa malas tu. Hasil dari self-exploration saya(yang tak seberapa), alhamdulillah terhasillah blog impian (yg tak seberapa juga ini). Juga saya memahami apa itu RSS feed, cara upload video ke youtube. Semua ini saya lakukan at my own pace. Dapat juga saya praktikkan apa yg saya pelajari semester lepas.

Kehidupan saya semasa hari bekerja sangat padat. Ditambah dgn kuliah dan assignment yg harus dipenuhi. Sebagai part time student, saya cukup maklum erti kesibukan dan peri pentingnya preparation and proper planning. Saya teringat pada one of my favourite blogger, Sarah. Kata-kata beliau memang tepat. Semakin kita sibuk, semakin kita terdesak membahagikan masa sebaiknya.

Ada satu lagi sebab kenapa saya belum memikirkan utk bercuti kemana-mana. Saya ada agenda tersendiri..’program besar’ yg mungkin bermula hujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan. Bila ada ‘program besar’, mestilah ada proper financial planning, kan. Setiap yg indah selalunya menuntut pengorbanan. Jadi, seboleh-bolehnya saya memikirkan agenda cuti tanpa mengeluarkan belanja yg besar. Selain dari internet surfing that provides boundless info, apa lagi ya? riadah? memang rutin harian..hmm.. masih memikirkan…mungkin selepas dapat idea, akan saya ceritakan kemudian apa kesudahan cuti saya kali ini. Harap-harap sempat juga makan angin kerumah abang di KL. Teringat Pinah, my old fren, tak jemu-jemu ajak saya pergi Langkawi. Atau sekurang-kurangnya ke tempat dia (Alor Setar). Bukan saya sengaja menolak. Tapi cuaca yang tak menentu membuatkan saya takut. Satu lagi, saya takut air (dan aktiviti yang melibatkan air). Dan saya juga sudah ‘cemuh’ naik bas ke sebelah utara (kerana USM di utara).

*This entry is specially dedicated to Cik Siti  Nazuar, my IT lecturer yg selalu encourage me and my classmates to develop our own blog*

  

This post is password protected. To view it please enter your password below:


  

RENUNG BERSAMA

November 12th, 2007


“Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui ummatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu? Tidak, Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku, kata Rasulullah. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.”