Merindui Kaabah
November 30th, 2007
Ada sedikit rasa terkilan tatkala mencium tangan cek su yg akan ke mekah minggu depan. Rasa terkilan berbaur cemburu. Kerana merindui kaabah. Banyak sudah kisah indah saya dengar tentang tempat suci itu. Hati begitu melonjak-lonjak ingin menjejakkan kaki ke bumi anbia itu. Melihat didepan mata kaabah yg kukiblatkan saban hari. Menikmati perasaan bilamana memanjatkan doa didepan kubah empat segi penuh sejarah itu. Selalu kutitipkan pesan pada mereka yg kesana, moga sampai masanya, aku juga akan kesana. Tapi semalam saat bersalaman itu rasa sungguh berbeza. “Terasa sangat nak kesana…” terkeluar juga yg tertanam di lubuk hati. Moga impian ini menjadi doa yg makbul. Teringat mafhum salah satu ayat suci.’Bilamana datang pertolongan dr Allah
..seribu maliakat menebarkan sayap membawa pertolongan itu..’ Amin..
Leave a Reply