Puisi Tanpa Nama

December 20th, 2007


Kalau kita di sini

biar kita begini

serasi dengan saat ini.

Kalau kita berlalu

tinggal yang lalu di situ

jangan bawa kenangan itu.

Hidup..

telah menghadiahkan dia

airmata yang berjuraian.

  

Hargai Apa Saja (monolog)

December 19th, 2007


Apa yang kita milikki… itulah yang harus dinikmati. Andainya indah, itu sudah tersurat untuk saat tertentu. Kalaupun pahit, itu juga bahagian dari hayat kita. Untuk hari ini dan saat ini, nikmati apa yang ada..hargai apa saja. Kehidupan menghadiahkan ini pada saat ini. Akan menghadiahkan yang lain pada saat lain nanti.

Kenapa hati masih tercari-cari yang tiada. Apakah yang dimiliki tidak lumayan harganya? Penilaian! ya, penilaian menentukan perasaan. Barangkali aku perlu menilai dari sudut yang berbeza. Biar menongkah arus penilaianku kali ini.

Biarlah. Dunia terus berlari. Aku jadi pemerhati. Hati berkata-kata. Melihat itu dan ini.

Aku yang begini. Cuba menghargai apa yang masih ada. Tuhan..

  

Ziarah

December 18th, 2007


Hari ini ziarah menziarahi menjadi acara utama. Menjenguk tokki yang usianya dah merangkak ke angka 100 dan melawat anak sedara yang baru 7 hari wujud di dunia! Simbolik bukan? Nyawa manusia kurniaan Ilahi..satu nyawa, satu insan. Usia pula menjadi teka teki. Sesaat..sehari..sepuluh tahun..seratus tahun..siapa yang tahu?

Tokki yang sudah tua. (Barangkali) sudah puas menempuh perjalanan hidup. Bayi kecil yang baru pandai bernafas. (Barangkali) teruja menikmati warna kehidupan yang pelbagai.

Aku yang sesuku abad berada di dunia ini. (Barangkali) masih di persimpangan. Sudah puaskah? atau terujakah? Aku pun tak pasti.

  

Hati, Jiwa, Hidup, Tuhan

December 18th, 2007


Hati..

Sabarlah melalui semua ini

sesungguhnya kau kuat

kali ini, perteguhkan kekuatanmu itu

kita perlu melalui semua ini

Jiwa..

jangan mudah tersentuh

kau lembut..tapi tolong jangan mudah tersentuh

kau akan mudah membuat aku goyah

Hidup..

adalah tetapan azali

jalani dengan rasa bersedia

jangan sampai bersisa airmatamu

Tuhan..

kalau hanya engkau yg kumiliki

sebenarnya aku telah memiliki segalanya

Hati, jiwa, hidup dan Tuhan..

secebis dari aku yang begini

  

SABAR

December 16th, 2007


Mudah utk menyebutnya tapi untuk mempraktiknya..tak semudah yg diucap. Hampir semua orang suka sifat sabar tapi sebilangan saja yg memiliki sifat ini. Sabar teruji bila rasa tercabar, marah, kecewa, sedih dan macam-macam lagi perasaan yg tidak enak di sanubari. Aku sendiri kagum dgn mereka yg termasuk golongan orang yg sabar. Bila sabar, ada tenang di wajah, nampak hebat di mata orang. Dan aku juga tidak terkecuali dari ingin memiliki sifat ini. Tapi mampukah aku?

Aku bukan maksum. Ada kalanya perasaan mudah menguasai diri. Aku teringat satu kata-kata. Bila marah, cuba lihat wajah di cermin. Bagaimana rupa kita? Buruk dan memalukan, bukan? Terasa malu pada diri sendiri pula. Itulah..bila nafsu menguasai akal, kita ibarat haiwan (sebab haiwan tiada akal setaraf kita).

Jadi, azam tahun 2008 ini, aku mahu kawal diri agar lebih bersabar pada setiap masa. Bunyinya mudah..tapi belum tentu tercapai dalam masa setahun. Apa pun, aku percaya, tanpa persediaan dan ilmu yg cukup, takkan tercapai azamku yg bunyi-mudah-tapi-sukar ini.

Yang baik harus diraih. Tak gitu? Ajaja fighting!