Sudah Penat
January 17th, 2008
Entah kenapa pulang dari kerja, terasa begitu penat, letih dan tak bermaya. Physically and mentally. Niat di hati mahu mengulangkaji tugasan yang diberi minggu lepas. Namun dengan fizikal dan emosi yang sebegini, bermakna semangat pun hilang. Lepas solat zuhur, sekadar merebahkan badan yang longlai di katil. Fikiran terasa begitu tumpul. Tahap motivasi begitu menurun hari ini. Sekadar mampu mengeluh dan mengelamun.
Aku sudah penat. Melalui perkara yang seakan-akan sama corak perjalanannya. Perjalanan yang berakhir dengan destinasi yang tak pasti. Kalau boleh mahu berhenti dan berpatah balik. Cuba mencari jalan yang lain. Namun bila kusedari telah sepertiga perjalanan berlalu, langkah terbaik cuba menyudahkan dengan fikiran yang positif. Walau hasilnya mungkin hanya sekadar.
Leave a Reply