“Burger”
February 29th, 2008
Nama betul Ikhwan. Entah kenapa semua kawan-kawannya memanggilnya begitu. Umur 16 tahun. Perawakan sederhana. Kulit agak gelap. Apa yang signifikan pasal dia? Dia pelajarku yang ‘berbeza’. Hatinya keras. Bila disuruh, cepat membantah. Benci ditegur. Terpancar rasa bangga di matanya bila membantah cakap guru. Aku pernah terkena. Terkedu juga kali pertama. Biasanya pelajar ada juga rasa hormat pada guru. Yang macam ini umpama satu dalam seratus. Mereka suka berkasar dan memberontak. Hati sudah keras. Mungkin solat tidak diamalkan. Manusia jadi ganas tanpa petunjuk.
Seminggu berikutnya, berkesempatan berbual dengan seorang ustazah. Langsung terkeluar cerita Ikhwan ini. Dapatlah ku agak apa sebenarnya. Broken family. Ibu ayah bercerai. Si ibu berkahwin semula dengan duda Indonesia beranak tiga. Lalu Ikhwan terpaksa bercampur dengan adik beradik tirinya tanpa rela. Benci pada tindakan ibu sendiri. Terasing dalam rumah sendiri. Oh..dapat kubayangkan jiwanya bergelora. Menerima sesuatu yang berat seusia belasan tahun. Si ibu pula jarang di rumah. Mengambil upah menjahit baju saban hari. Dia dan ayah tiri bagaikan musuh. Ayah sendiri pula hilang entah kemana. Aku terdiam mendengar cerita kehidupan Ikhwan.
Selalunya begitulah. Kesilapan dan kepincangan keluarga ditanggung anak-anak. Besar amat beban ibubapa. Menyempurnakan jiwa anak-anak bukan perkara cuba-cuba.
Guru semata-mata takkan mampu mengubah jiwa Ikhwan yang runtuh. Punca masalahnya di rumah. Siapakah yang akan mengubat hatinya? Yang pasti, dia masih mengharapkan bahagia yang semalam. Dari ibu dan ayah tentunya.
Obat Hati
February 29th, 2008
Pagi ini dengar lagu nyanyian Opick.Terngiang-ngiang lagu ini sepanjang hari.
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca QU’RAN dan maknanya….
Yang kedua sholat malam dirikan lah…..
Yang ketiga berkumpulah dengan orang soleh…
Yang keempat berpanjanglah berpuasa….
Yang kelima zdikir malam pepanjanglah
salah satunya siapa bisa menjalani…..
moga-moga *Gusti Allah
mencukupi….
*Gusti=kuasa
Cerita Kehidupan
February 29th, 2008
Langit tak selalu cerah..kata orang tua. Langit itu perumpamaan hidup ini. Hari ini, langitku kesuraman. Enggan berbicara panjang. Berehat dari kerja. Fikiran menerawang. Bila hati kelabu, bibir pun jadi lesu untuk berkata. Kalau boleh, mahu terus berfikir, mendiam dan berfikir lagi. Tapi kehidupan selalu ada ruang untuk itu dan ini. Itu perlu dibereskan. Ini kena disiapkan.
Cerita kehidupan umpama rona alam. Tercalit paduan warna yang pelbagai. Ada yang harmoni, ada pula yang kontras. Tidak Dia jadikan semua ini sia-sia, buat mereka yang berfikir. Orang kata banyak berfikir maknanya kurang bercakap. Kurang bercakap ‘tak bagus’ untuk kesihatan mental. Aku dijadikan Tuhan memang kurang bercakap. Mungkin ada hikmahnya.
Entry kali ini berbeza. Terjemahan makna kehidupan yang sebenarnya cerita. Cerita kehidupan karangan insan biasa. Yang melalui kehidupan dengan rasa yang berbeza. Hari ini takkan sama dengan semalam. Takkan! Walaupun episod perjalanannya sama. Sebab tiada satu detik pun yang sama.
Cerita Kehidupan adalah cerita hati.
Cerita hati..
Hati ini.
Ada airmata di celah ayat-ayat tak sempurna.
Ada..
Bila hati mahu menyatakan yang di dalam, bahasa bukan pemudahcara yang asli. Tapi biarlah entry ini jadi penanda cerita. Supaya aku tahu aku pernah merasai sesuatu yang begini.
*Nota: Catatan Hati*
Wahai Tuhanku Yang Esa
February 27th, 2008

Alif lam Mim
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datang nya dari Allah
dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung
* Nota : Alangkah.. ayat-ayatMu pengubat hati yang resah. Wahai Tuhanku Yang Esa, tetapkanlah hati ini menuju kepadaMu. Amin.
Yang Kumau
February 25th, 2008
…Yang Kumau …
Seringnya ku berpikir sampai pernah
Tak jua kutemukan jalan keluarnya
Jika memang bukan ini sudah tamatkanlah
Karenaku tak mau waktuku terbuang
Jangan memaksakan ini
Jika memang bukan ini
Karena sesuatu yang peka
Buat kita jadi masalah
Yang ku mau ada dirimu
Tapi tak begini keadaannya
Yang ku mau selalu denganmu
Jika Tuhan mau begini
Rubahlah semua jadi yang ku mau
Karena ku ingin
Semua berjalan seperti yang ku mau
Jangan memaksakan ini
Jika memang bukan yang ini
Karena sesuatu yang peka
Buat kita jadi masalah
http://kme.imeem.com/music/VW0pbEvm/kris_dayanti_yang_kumau/