Hamka VS Hemingway
February 20th, 2008
Dua penulis hebat. My favourites. I’m very particular about the stuffs I read. Those that don’t impressed me will not leave a thought to me. Aku mengenali dua penulis hebat ini sejak dari zaman sekolah. Entah kenapa, hati begitu terpaut dengan keunikan bahasa mereka. They posses their own distinctive style of writing. The first time I read his outstanding book “The Old Man And The Sea”, I was inspired. How great people can create a meaningful story using simple scenario in lfe. Hemingway writes the story with philosophical mindset. That makes him a distinguished author. Yang paling menarik, he uses short sentences instead of flowery or bombastic language. Short sentences with precise choice of words! Oh..dia memang hebat.
Hamka.. nama yang tak asing lagi. Kenapa aku mengaguminya? Hanya yang merasai derita boleh menulis makna derita. Ya.. dia melalui zaman sukar dan menyerap erti sukar itu dalam bait ayat yg ditulis. Refleksi manusia dan Tuhan membuatkan bahasanya begitu dekat di hati mereka yang mengagumi kebesaranNya. Airmata bercucuran ketika menghabiskan “Di bawah Lindungan Kaabah”. Cinta dan pengharapan pada yg Agung selalu berpaut dalam nada yang satu. Novel beliau yg terkini “Di dalam Lembah Kehidupan” adalah garapan telus soal kepayahan hidup yang jarang mahu didengar oleh telinga kita.
‘Ramai orang mengarang dan mengubah bunga kehidupan yg mewah-mewah, melukiskan istana raja-raja, puteri yg kaya dan cantik, org muda-muda yg disayangi ayah dan perkahwinan yg berbahagia. maka tersenyumlah org membaca cerita yg demikian, gembiralah hatinya. Padahal di dalam lembah yg dalam sekali, di dalam jurang yg tak ditempuh mereka itu, iaitu dalam lembah dan jurang kehidupan, adalah sekumpulan makhluk yg merintih. Tidak berapa org yg mendengar rintihan itu - tidak tahu… hanya Tuhan jua yg Maha Tau, Pengasih dan Penyayang!’
- petikan : Di Dalam Lembah Kehidupan (Hamka)
February 20th, 2008 at 9:32 pm
Tidak dinafikan Prof. Hamka adalah ulama tersohor dan banyak karya - karya beliau dijadikan rujukan bagi ulama - ulama lain dan juga mereka - mereka yang cintakan ilmu agama. Alangkah bagusnya kalau kita dapat mempelajari kesemua ilmu beliau.
>>>Sayangnya golongan muda kurang berminat membaca karya beliau. *sigh*
March 2nd, 2008 at 8:30 pm
saya adalah salah satu pengagum penulis besar Hamka.saya sangat tertarik penasaran untuk mendapatlan bukunya di dalam lembah kehidupan gmana caranya agar saya dapat memiliki buku tersebut. terima kasih.tolong dibalas ke email saya. saya minta tolong
March 2nd, 2008 at 11:04 pm
>>Arief: Telah dijawab dalam email anda.Karya yg hebat selalu melekat dalam fikiran.