Kerana Aku Perempuan
March 3rd, 2008
Kerana aku perempuan
maka aku perlu lebih sabar
kerana perempuan dan sabar mesti sepadu
hukum alam mengatakan begitu.
Kerana aku perempuan
maka banyak kali aku mengalah
bukan kerana terasa lemah
jiwa yang lembut bencikan kekerasan
perempuan dan kelembutan adalah perlambangan.
Kerana aku perempuan
maka puisi ini kutuliskan mudah
supaya aku selalu paham
aku seorang perempuan
perlu sabar, harus mengalah..
Leave a Reply