Jiwa Kami

March 15th, 2008


Bila semua berkumpul, kita seperti 20 tahun yang lampau. Berkongsi cerita lama yang hanya kita sahaja yang memahami. Kisah semalam bagai azimat melekat kemas dalam ingatan kita. Dalam ketawa kita hari ini, rupanya jiwa kita adik-beradik masih sama seperti zaman kanak-kanak dulu. Kak Long yang sudah punya enam anak, kalau berbicara nadanya masih seperti Kak Long yang kami kenal masa kecil-kecil dulu. Abang yang sudah merantau di negeri orang, bila pulang masih mengimbas-imbas lawak zaman kita nakal-nakal dulu.

Kenangan dan pengalaman berjalan seiring masa. Anugerah Tuhan buat kami yang adik-beradik. Dahulu masa dihabiskan dengan usik-mengusik sesama kami. Kini masa begitu mahal untuk selalu bersua. Sesekali berbicara panjang begini, hati terkenang yang dulu-dulu. Sungguh kita berjauhan dek jarak dan masa. Tapi jiwa kita adalah cantuman kenangan-kenangan itu. Akan selalu begitu. Selalu..

  

Miss Them Badly

January 19th, 2008


Almost three weeks since the last time I saw my lovely nieces and nephews. And I miss them so much. Their giggles, funny talks and joyous actions will always make me smile. Here is Adam and Ain. The picture was taken quite some time ago. I should update the pictures more often.

  

Ziarah

December 18th, 2007


Hari ini ziarah menziarahi menjadi acara utama. Menjenguk tokki yang usianya dah merangkak ke angka 100 dan melawat anak sedara yang baru 7 hari wujud di dunia! Simbolik bukan? Nyawa manusia kurniaan Ilahi..satu nyawa, satu insan. Usia pula menjadi teka teki. Sesaat..sehari..sepuluh tahun..seratus tahun..siapa yang tahu?

Tokki yang sudah tua. (Barangkali) sudah puas menempuh perjalanan hidup. Bayi kecil yang baru pandai bernafas. (Barangkali) teruja menikmati warna kehidupan yang pelbagai.

Aku yang sesuku abad berada di dunia ini. (Barangkali) masih di persimpangan. Sudah puaskah? atau terujakah? Aku pun tak pasti.

  

Aidilfitri 2007

October 16th, 2007



Tahun ni lebih kurang macam tahun-tahun lepas, sederhana je..the best part when everyone of us get together. Sebab kebanyakannya tinggal berjauhan, bila bersua terasa meriahnya. Cuaca sepanjang Aidilfitri ni indah dan sesuai untuk bertandang kerumah saudara mara. Seperti biasa, pagi raya dimulai dengan sembahyang sunat Aidilfitri. Tahun ni terasa meriah pula masjid yg biasa aku kunjungi. Ramai betul pengunjung pada pagi yg berkat itu.
Acara utama berkunjung kerumah datuk saya yg masih sihat alhamdulillah walaupun usia hampir mencecah satu abad. Di sinilah kami berkumpul. Dapatlah bersua muka dgn suadara mara yg jarang-jarang sekali dapat jumpa (mungkin setahun sekali). Yg lucunya ada juga yg terlupa nama dan rupa dek terlalu jarang berjumpa. Bagi keluarga besar macam saya ni, bukanlah sesuatu yg menghairankan.
Bila semakin dewasa ni, makna Aidilfitri mula berubah. Bukan lagi masa untuk tertawa girang dapat pakai baju baru macam zaman kanak-kanak dulu. Aidilfitri maknanya menghubungkan yang jauh. Moga nilai ini akan terus subur di Aidilfitri yg akan datang

*Gambar di atas, Cek Da dan Cek Mah, my beloved aunties*