Alone

March 14th, 2008


 

( A Liberian refugee child.photo credit to happily saved)

Ada derita yang tersisa

pada sepasang mata kecil.

Aku cuma insan kecil

menghadapi sengsara yang besar 

dengan jiwa kecil ini

cepat belajar makna cekal.

Kerana Tuhan itu amat penyayang

diberi janji buat pedoman

ubat mustajab hati yang teraniaya

“Sesungguhnya setiap kesukaran itu disusuli kemudahan”

 

“The soul that sees beauty may sometimes walk alone.”
         Johann Wolfgang von Goethe

  

Tuhan Itu Dimana?

March 4th, 2008


 

Pernah soalan ini terfikir. Bila? Masa kecil dulu. Children are blessed with boundless curiosity. I can’t really remember the exact age when I first encountered the concept of God. But, this question came naturally to my mind when I looked up to the sky. The sky symbolises the greatness of God. Kenapa awan? Something unreachable remains precious. ‘Mungkin Tuhan tinggal di atas sana..’ bisik diriku yang kecil dulu. Awan biru putih itu kutenung-tenung. Sesekali kagum bila melihat ia bergerak membentuk objek tertentu. The sky is alive! Begitulah manusia mengenali alam dengan rasa takjub. Takjub akan kesempurnaannya.

Today, looking through my window, the sky is cloudy. And suddenly, I remember this childhood question. Life becomes complicated until I forget to cherish the beautiful clouds hanged nicely there.  

Sometimes, I have to go to the basic. To understand then fall in love to the beauty of Allah (SWT).

  

Obat Hati

February 29th, 2008


Pagi ini dengar lagu nyanyian Opick.Terngiang-ngiang lagu ini sepanjang hari. 

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca QU’RAN dan maknanya….
Yang kedua sholat malam dirikan lah…..
Yang ketiga berkumpulah dengan orang soleh…
Yang keempat berpanjanglah berpuasa….
Yang kelima zdikir malam pepanjanglah
salah satunya siapa bisa menjalani…..
moga-moga *Gusti Allah (SWT) mencukupi….

*Gusti=kuasa

  

Wahai Tuhanku Yang Esa

February 27th, 2008


Alif lam Mim

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datang nya dari Allah (SWT) dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung

* Nota : Alangkah.. ayat-ayatMu pengubat hati yang resah. Wahai Tuhanku Yang Esa, tetapkanlah hati ini menuju kepadaMu. Amin.

  

..dan kristal pun gemerlapan

February 16th, 2008


DSC00062_2.JPG  DSC00074.JPG  DSC00065.JPG 

Kali pertama menjengah ke Pulau Wan Man yg disebut-sebut itu. It took quite a long time for me to pay a visit. Masjid Kristal. Nama yang menjelaskan ciri-cirinya. Kubahnya lutsinar bercahaya berubah-ubah warna dalam selang masa tertentu. Paling menawan tika kubahnya bercahaya ungu samar. Kelilingnya alunan air berhiaskan hembusan angin malam yg damai dan tenang. Ketika sampai, solat isyak masih berlangsung. Lembut suara imam menghadiahkan suasana yg aman. Hati terpaut pada keindahan senibina yang ringkas tapi berseni. Rona putih dan lutsinar nampak begitu istimewa dan manis. Insyaallah diizinkan waktu, kita berjumpa lagi.