Tuhan Itu Dimana?

March 4th, 2008


 

Pernah soalan ini terfikir. Bila? Masa kecil dulu. Children are blessed with boundless curiosity. I can’t really remember the exact age when I first encountered the concept of God. But, this question came naturally to my mind when I looked up to the sky. The sky symbolises the greatness of God. Kenapa awan? Something unreachable remains precious. ‘Mungkin Tuhan tinggal di atas sana..’ bisik diriku yang kecil dulu. Awan biru putih itu kutenung-tenung. Sesekali kagum bila melihat ia bergerak membentuk objek tertentu. The sky is alive! Begitulah manusia mengenali alam dengan rasa takjub. Takjub akan kesempurnaannya.

Today, looking through my window, the sky is cloudy. And suddenly, I remember this childhood question. Life becomes complicated until I forget to cherish the beautiful clouds hanged nicely there.  

Sometimes, I have to go to the basic. To understand then fall in love to the beauty of Allah (SWT).

  

Cerita Kehidupan

February 29th, 2008


  

Langit tak selalu cerah..kata orang tua. Langit itu perumpamaan hidup ini. Hari ini, langitku kesuraman. Enggan berbicara panjang. Berehat dari kerja. Fikiran menerawang. Bila hati kelabu, bibir pun jadi lesu untuk berkata. Kalau boleh, mahu terus berfikir, mendiam dan berfikir lagi. Tapi kehidupan selalu ada ruang untuk itu dan ini. Itu perlu dibereskan. Ini kena disiapkan.

Cerita kehidupan umpama rona alam. Tercalit paduan warna yang pelbagai. Ada yang harmoni, ada pula yang kontras. Tidak Dia jadikan semua ini sia-sia, buat mereka yang berfikir. Orang kata banyak berfikir maknanya kurang bercakap. Kurang bercakap ‘tak bagus’ untuk kesihatan mental. Aku dijadikan Tuhan memang kurang bercakap. Mungkin ada hikmahnya.

Entry kali ini berbeza. Terjemahan makna kehidupan yang sebenarnya cerita. Cerita kehidupan karangan insan biasa. Yang melalui kehidupan dengan rasa yang berbeza. Hari ini takkan sama dengan semalam. Takkan! Walaupun episod perjalanannya sama. Sebab tiada satu detik pun yang sama.

Cerita Kehidupan adalah cerita hati.

Cerita hati..

Hati ini.

Ada airmata di celah ayat-ayat tak sempurna.

Ada..

Bila hati mahu menyatakan yang di dalam, bahasa bukan pemudahcara yang asli. Tapi biarlah entry ini jadi penanda cerita. Supaya aku tahu aku pernah merasai sesuatu yang begini.

*Nota: Catatan Hati*

  

An untitled entry

February 24th, 2008


Exhausted. Wearing out. Physically and mentally. I do need extra sleeping hours to recharge my lost energy. Tomorrow will always be a new day..Tenang-tenangkan hati. Tabahkan semangat.

Teruknya entry kali ini. After forcing myself doing literature review, this is the outcome. Tumpul minda? Another 3 to go..*sigh*

  

The Road Not Taken

February 19th, 2008


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I –
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
 

Robert Frost (1874–1963).

  

Diam Tandanya…?

February 18th, 2008


Diam itu ada banyak makna. Diam itu boleh jadi berfikir, atau marah, mungkin juga mengagumi. Seorang kawan bertanya soalan ini : ‘Bila diam apa maknanya?’. (Merujuk kepada teman istimewanya yang banyak diam).

Aku pun diam juga bila ditanya begitu. Diamku kerana berfikir tentunya. Hm.. Agak lama baru menjawab.

‘Sebenarnya, manusia sukar ditafsir. Hati manusia sangat berbeza. In fact, Tuhan jadikan kita unik.’ Terdiam dia mendengar jawapanku yang agak abstrak dan sinis ini. Tapi akhirnya dia mengangguk lemah. Setuju barangkali.

‘Sebab tu ada psychologist..’ aku senyum sambil berlalu. Humans are simple creatures with complicated thinking. Agree?