Obsession
March 24th, 2008
Dekat mana-mana pun orang akan selalu menganggap perempuan gemuk hodoh, buruk, makan banyak, celupar dan segala macam sifat negatif. Seolah-olah golongan ini tersalah wujud. Aku tak gemuk tapi sekadar berkongsi pendapat.
Sebenarnya tengahari tadi singgah di Guardian. Ketika tengah membelek-belek barang terpandang seorang
Wanita separuh umur. Badannya agak berisi. Aku perhatikan lama betul dia membelek supplements. Kebetulan aku pun berniat membeli vitamin C yang baru habis. Lama betul dia di situ. Muka berkerut-kerut membaca label pada supplements. Rupanya dia tengah buat comparison slimming pills yang ada dekat situ. Produk slimming bukannya murah dan sesetengahnya ada long term side effects.
Menjadi kurus bagaikan satu obsession. Why? One of the reason is our paradigm or perception. Kita selalu sebut kita manusia serba kekurangan (to err is human). Tapi selalunya kitalah yang pandang semacam pada golongon overweight atau obese.
Useless to discuss the matter. In fact, don’t have any intention to write further. Topik basi yang meloyakan. Why? We never change !
Accusation
March 15th, 2008
Ada orang tanya. “Apa perasaan awak bila orang kata bloggers ni semuanya pembohong”. Oh..yang tukang tanya ini pun satu. Dia tahu saya jenis academic dan bukan merapu. Mungkin saja nak argue. Marahkah bloggers kita bila dituduh begitu? Entah la..Bagi penulis blog ini, nawaitu blog ini is for personal purpose. I was inspired by the words of a blogger (not from our country). Katanya menulis writing a blog is like a therapy. It’s like writing your thoughts in a diary. Few years back, I was inspired by Rudy. People can be resourceful during the hard times. Masa itu, belum tergerak untuk punya blog sendiri. Bila sudah jadi postgraduate student, perasaan mahu itu timbul sendiri. Kerana tiba-tiba saya merasakan hidup ini begitu pantas dan ‘banyak’. Time becomes limited, restricted and pricely. So here the function of Cerita Kehidupan takes place, through my own perspective.
So back to the question. I don’t mind with the accusation (pembohong, pembelit, whatsoever). Maaf, saya perhatikan bloggers kita sungguh hebat berbicara soal politik. Bagus idea kalian. Tapi bimbang juga ya..orang kata banyak berbicara membawa mudharat.
Kasih sayang saya pada negara takkan terungkap dengan kata-kata yang mudah. Hati akan tersentuh dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya terjadi. Hati yang luhur, doa yang tulus, cinta pada negara bermula begitu. Di sini kasih tertumpah, di sini mengharap aman. Persinggahan sementara menuju negeri yang abadi.
Really?
March 13th, 2008
.:Cerita Kehidupan:. had been listed as one of the Hot Blogs in Hadithuna.com today . Confused. Really? My blog is just a personal reflection of my everyday’s thought. Hmm..
Semangat Yang Hilang?
March 8th, 2008

(Kapas Island.photo credit to namidub)
Orang sekeliling hangat berbicara soal pucuk pimpinan negara. Aku lebih suka jadi pemerhati. Di negeri penyu ini suasana diklasifikasikan tegang. Barangkali penangan rusuhan di Batu Burok. Bagi aku anak jati Terengganu, negeriku akan kekal manis dalam ingatan. Orang luar mengatakan begitu dan begini (they are free to express their ideas). Tapi kami merasa aman dan tenang dengan cara kami yang begini. Negeri kami masih terang seperti namanya Terengganu. Hati kami tersentuh bila perangai kami diibaratkan pengganas. Kami bukan semaju negeri-negeri lain. Tapi hasil minyak kami mencecah ratusan juta ringgit. Kami tak pandai berbicara, tapi kami tahu berbudi. Tiba-tiba aku jadi sensitif mengenangkan negeri tersayang.
Sehari sebelum pilihanraya, banyak betul trak polis beserta kereta kebal berarak di jalanraya. ‘Kami ni pengganas ke?’ Aku tersentuh. Kami masih mundur dalam ekonomi. Kami hadiahkan bangunan tertinggi di dunia buat tatapan semua. Tuhan anugerahkan kami laut yang indah. Orang tua kami kebanyakannya pejuang laut yang cekal. Di situ punca rezeki kami yang utama. Sekarang ada emas di dasar laut indah itu. Orang muda bertumpu mencari rezeki di laut yang indah itu.
Aku perhatikan ramai orang ‘bersemangat’ hari ini. Tapi aku dah kehilangan semangat. Hari ini, aku pandang laut lepas yang indah. Tidak Dia jadikan semua ini sia-sia.
Laut lepas tersergam
bayu timur laut menggoda
penyu pun tertawan
Itu sebenarnya yg signifikan
Terengganu Darul Iman.
Cerita Kehidupan
February 29th, 2008
Langit tak selalu cerah..kata orang tua. Langit itu perumpamaan hidup ini. Hari ini, langitku kesuraman. Enggan berbicara panjang. Berehat dari kerja. Fikiran menerawang. Bila hati kelabu, bibir pun jadi lesu untuk berkata. Kalau boleh, mahu terus berfikir, mendiam dan berfikir lagi. Tapi kehidupan selalu ada ruang untuk itu dan ini. Itu perlu dibereskan. Ini kena disiapkan.
Cerita kehidupan umpama rona alam. Tercalit paduan warna yang pelbagai. Ada yang harmoni, ada pula yang kontras. Tidak Dia jadikan semua ini sia-sia, buat mereka yang berfikir. Orang kata banyak berfikir maknanya kurang bercakap. Kurang bercakap ‘tak bagus’ untuk kesihatan mental. Aku dijadikan Tuhan memang kurang bercakap. Mungkin ada hikmahnya.
Entry kali ini berbeza. Terjemahan makna kehidupan yang sebenarnya cerita. Cerita kehidupan karangan insan biasa. Yang melalui kehidupan dengan rasa yang berbeza. Hari ini takkan sama dengan semalam. Takkan! Walaupun episod perjalanannya sama. Sebab tiada satu detik pun yang sama.
Cerita Kehidupan adalah cerita hati.
Cerita hati..
Hati ini.
Ada airmata di celah ayat-ayat tak sempurna.
Ada..
Bila hati mahu menyatakan yang di dalam, bahasa bukan pemudahcara yang asli. Tapi biarlah entry ini jadi penanda cerita. Supaya aku tahu aku pernah merasai sesuatu yang begini.
*Nota: Catatan Hati*