Buds of Tomorrow
March 24th, 2008

(photo credit to Kevin Lawver)
You are not the sun for me
but certainly the lively star
that shines softly but surely
You did not give your heart to me
but pieces of your soul
are parts of my hope
This will not last
for time will part us
but good deeds are too good to forget
too nice to be taken away from thought
I will remember your innocent eyes
I see your soul grows
your awkward gestures
don’t seem imperfect to me
My beloved students
you are buds of tomorrow
Puisi Mudah Buat Bonda
February 7th, 2008
Ini kisah biasa
dikhabarkan dalam bahasa paling mudah
berkenaan hati yang resah
seseorang yang terlupa
pada benda yang mudah juga.
Maaf bonda
lupa mencium tanganmu
pada kepergianku kali ini.
Kasih kami pada bonda
bercucuran pasti
dalam airmata kami
yang tak nampak.
Buat teman yang tiada
January 9th, 2008
Barangkali lebih baik kita begini. Tak perlu bicara lagi. Aku tahu kau jujur, teman. Kau arif aku siapa, bukan? Biar dunia kita senyap seketika. Supaya jiwa kita segar semula. Mengutip nostalgia lalu yang sarat. Yang hanya mungkin terfikirkan bilamana kita kehilangan bicara.
Persetankan kata-kata mereka. Dunia bukan pengadil yang cekap. Kita telah melalui semua derita. Kali ini mudah saja kita lalui.
Malam ini kita renungi hati yang keliru. Kita susuri awal yang indah. Kita sedari hakikat yang lalu. Teman, jangan sebut sesal. Kita punya ruang waktu. Kita insan tegar.
Ziarah
December 18th, 2007
Hari ini ziarah menziarahi menjadi acara utama. Menjenguk tokki yang usianya dah merangkak ke angka 100 dan melawat anak sedara yang baru 7 hari wujud di dunia! Simbolik bukan? Nyawa manusia kurniaan Ilahi..satu nyawa, satu insan. Usia pula menjadi teka teki. Sesaat..sehari..sepuluh tahun..seratus tahun..siapa yang tahu?
Tokki yang sudah tua. (Barangkali) sudah puas menempuh perjalanan hidup. Bayi kecil yang baru pandai bernafas. (Barangkali) teruja menikmati warna kehidupan yang pelbagai.
Aku yang sesuku abad berada di dunia ini. (Barangkali) masih di persimpangan. Sudah puaskah? atau terujakah? Aku pun tak pasti.
Aidilfitri 2007
October 16th, 2007

Tahun ni lebih kurang macam tahun-tahun lepas, sederhana je..the best part when everyone of us get together. Sebab kebanyakannya tinggal berjauhan, bila bersua terasa meriahnya. Cuaca sepanjang Aidilfitri ni indah dan sesuai untuk bertandang kerumah saudara mara. Seperti biasa, pagi raya dimulai dengan sembahyang sunat Aidilfitri. Tahun ni terasa meriah pula masjid yg biasa aku kunjungi. Ramai betul pengunjung pada pagi yg berkat itu.
Acara utama berkunjung kerumah datuk saya yg masih sihat alhamdulillah walaupun usia hampir mencecah satu abad. Di sinilah kami berkumpul. Dapatlah bersua muka dgn suadara mara yg jarang-jarang sekali dapat jumpa (mungkin setahun sekali). Yg lucunya ada juga yg terlupa nama dan rupa dek terlalu jarang berjumpa. Bagi keluarga besar macam saya ni, bukanlah sesuatu yg menghairankan.
Bila semakin dewasa ni, makna Aidilfitri mula berubah. Bukan lagi masa untuk tertawa girang dapat pakai baju baru macam zaman kanak-kanak dulu. Aidilfitri maknanya menghubungkan yang jauh. Moga nilai ini akan terus subur di Aidilfitri yg akan datang
*Gambar di atas, Cek Da dan Cek Mah, my beloved aunties*