Obsession

March 24th, 2008


Dekat mana-mana pun orang akan selalu menganggap perempuan gemuk hodoh, buruk, makan banyak, celupar dan segala macam sifat negatif. Seolah-olah golongan ini tersalah wujud. Aku tak gemuk tapi sekadar berkongsi pendapat.
Sebenarnya tengahari tadi singgah di Guardian. Ketika tengah membelek-belek barang terpandang seorang
Wanita separuh umur. Badannya agak berisi. Aku perhatikan lama betul dia membelek supplements. Kebetulan aku pun berniat membeli vitamin C yang baru habis. Lama betul dia di situ. Muka berkerut-kerut membaca label pada supplements. Rupanya dia tengah buat comparison slimming pills yang ada dekat situ. Produk slimming bukannya murah dan sesetengahnya ada long term side effects.
Menjadi kurus bagaikan satu obsession. Why? One of the reason is our paradigm or perception. Kita selalu sebut kita manusia serba kekurangan (to err is human). Tapi selalunya kitalah yang pandang semacam pada golongon overweight atau obese.
Useless to discuss the matter. In fact, don’t have any intention to write further. Topik basi yang meloyakan. Why? We never change !

  

Manis

February 10th, 2008


Asam kandis mari dihiris, 

Manis sekali rasa isinya; 

Dilihat manis dipandang manis, 

Lebih manis hati budinya. 

  

Bayi Malang

February 4th, 2008


Tuhan jadi saksi. Kisah bayi malang itu. Nyawa suci itu lahir dalam tandas. Tempat diamnya jin dan syaitan. Akhir hidupmu dicampak di tong sampah. Tangis lemahmu hilang dalam kebencian ibumu sendiri.

Aduh malang sungguh. Dirimu yang suci itu adalah lambang nafsu terlarang.

Di sini engkau terhina dan tercela. Dosa ibumu kau warisi tanpa rela. Nyawa kecilmu menanggung sengsara. Apalah daya engkau tak mampu bersuara. Tangis panjangmu bercerita kisah luka dan sengsara.

Habis nyawamu dalam dingin angin malam. Pun tiada siapa yang peduli. Jasadmu bersemadi bersama tompokan sampah. Engkau umpama sampah di mata ibumu. Aduh malang sungguh. Bumi bergetar menahan amarah Yang Satu.

Bayi malang itu. Nyawanya terangkat kelangit membawa sumpah yang pasti. Sesungguhnya yang dizalimi akan diadili. Demi Tuhan…

  

Wanita, Kecewa dan Airmata

February 3rd, 2008


Telah tertulis. Dari jutaan tahun yang lampau. Kisah wanita merana. Angkara insan durjana. Untuk kesekian kalinya. Dan terulang-ulang kisah luka itu. Diceritakan dari mulut nan manis, atau lahir dari hati yang busuk. Kisah wanita yang luka selalu ada di mana-mana.

Hari ini seorang wanita hatinya mengeluh. Tentang lara yang berlanjutan dalam hidupnya. Kalau boleh, dia enggan mengeluh. Hanya mahu diam dan melalui dengan sabar. Tapi lubuk hatinya selalu berkata-kata. Tentang sesuatu yang tak kesampaian. Nada-nada suram menyanyi kecil dalam fikirannya.

Aduhai wanita..harga kecewa itu sungguh bernilai dalam hatimu yang halus. Setitik kecewa yang singgah begitu berbekas. Kisah luka itu kau simpan kemas dalam kotak rahsia hatimu. Iringan airmata perkara biasa buat seorang wanita yang mulus hatinya.

Akan selalu tertulis begitu. Wanita, kecewa dan airmata. Selalu beriringan dalam nada yang satu.

  

Get Happy

January 5th, 2008


Beauty does not depend on your age, face, shape or size. Being happy about life itself is an easy shortcut to beauty. All it takes is some positive attitude and courage

Diambil dari sebuah website produk kecantikan. Satu statement yang humble tapi sangat bermakna. Dear ladies, siapa yang tak mahu kelihatan cantik? Kerana itulah, deretan produk kecantikan muncul saban hari. Wanita mudah cair mendengar testimoni mengatakan produk ini buat anda kelihatan lebih menarik.

Menjadi bahagia (being happy) juga satu petua untuk kelihatan cantik. Bagi saya, ini faktor utama untuk jadi menarik. Apa guna penampilan hebat, kalau senyuman sekadar paksaan, attitude sekadar lakonan. Sungguh menyeksakan, bukan? Bagai ada perasaan terbungkam di dalam.

Nah! hari ini kita tolak ketepi regime kecantikan kita. Just put an honest smile on your face. Do and enjoy what matters most in your life. Rule number one, GET HAPPY!