Puisi Tanpa Nama

December 20th, 2007


Kalau kita di sini

biar kita begini

serasi dengan saat ini.

Kalau kita berlalu

tinggal yang lalu di situ

jangan bawa kenangan itu.

Hidup..

telah menghadiahkan dia

airmata yang berjuraian.

  

Lanjutan dari wanita.wordpress (klik sini) ini sungguh menarik. Penulisnya punya pendapat yg sama denganku. Akar umbinya adalah dalaman seorang wanita itu sendiri. Dan faktornya ada lima. Di sini rumusannya:

1.  Lupa Mengingat  Allah (SWT)

          Inilah pokok pangkalnya. Bila saja wanita lupa mengingat Allah (SWT) (selalunya kerana kesibukan urusan dunia), maka syaitan pun mula memainkan peranan. Sesungguhnya syaitan itu tidak akan jemu dari menyesatkan manusia. Tegasnya di sini, perteguhkan yang wajib, jinakkan diri dengan yg sunat. Muhasabah diri selalu. Dunia adalah simbolik negeri akhirat.

2.  Tertipu Keindahan Dunia

Semakin akhir zaman, makin hebat keindahan dunia. Aku pun adakalanya terpesona. Contoh mudah, bila melihat telefon bimbit yang canggih, kita (empunya diri pun kadangkala) sanggup menggunakan rezeki gaji yg Allah (SWT) bagi untuk perkara2 yg begini. Padahal yg sedia ada masih berkeadaan baik. Bagi wanita lebih2 lagi. Tengok sale, kaki terus melangkah ke shopping complex. Walhal, segala keperluan telah lengkap, cuma keinginan yg tak pernah cukup. Tiada siapa yg sempurna (terutama empunya diri). Jadikan kesilapan lalu satu pengajaran. Insyaallah..

3.   Mudah terpedaya dengan syahwat

Berkait rapat dgn iman yg lemah. Bila pegangan dalaman lemah, mudahlah kita mengikut kata hati (yang sebenarnya kata syaitan!)
4.   Lemah iman

Penyelesaiannya? Lengkapkan ilmu. Kunci iman yg teguh adalah ilmu dan disusuli dgn amal yg berniatkan ikhlas kerana Allah (SWT).
5.   Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Tepat sekali bila wanita berbanding sesama mereka. Sanggup berhabisan asal orang akan notice appearance kita. Huh! Women are always women. But we are muslimah, not women, right?

* Muhasabah untuk diri. Jihad melawan nafsu dalam diri memang sukar *

  

  

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah (SWT). Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah (SWT) demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah (SWT) s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah (SWT) syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah (SWT) s.w.t.

Petikan : Klik di sini