LOVE is a blessing
February 16th, 2008
Somehow, for some reason
God picked me out of
all the people in the world
to be blessed by the beauty of your love,
the gentleness of your touch,
and the gift of your friendship.
I love you for the blessing
that you are to me.
Puisi Mudah Buat Bonda
February 7th, 2008
Ini kisah biasa
dikhabarkan dalam bahasa paling mudah
berkenaan hati yang resah
seseorang yang terlupa
pada benda yang mudah juga.
Maaf bonda
lupa mencium tanganmu
pada kepergianku kali ini.
Kasih kami pada bonda
bercucuran pasti
dalam airmata kami
yang tak nampak.
Wanita, Kecewa dan Airmata
February 3rd, 2008
Telah tertulis. Dari jutaan tahun yang lampau. Kisah wanita merana. Angkara insan durjana. Untuk kesekian kalinya. Dan terulang-ulang kisah luka itu. Diceritakan dari mulut nan manis, atau lahir dari hati yang busuk. Kisah wanita yang luka selalu ada di mana-mana.
Hari ini seorang wanita hatinya mengeluh. Tentang lara yang berlanjutan dalam hidupnya. Kalau boleh, dia enggan mengeluh. Hanya mahu diam dan melalui dengan sabar. Tapi lubuk hatinya selalu berkata-kata. Tentang sesuatu yang tak kesampaian. Nada-nada suram menyanyi kecil dalam fikirannya.
Aduhai wanita..harga kecewa itu sungguh bernilai dalam hatimu yang halus. Setitik kecewa yang singgah begitu berbekas. Kisah luka itu kau simpan kemas dalam kotak rahsia hatimu. Iringan airmata perkara biasa buat seorang wanita yang mulus hatinya.
Akan selalu tertulis begitu. Wanita, kecewa dan airmata. Selalu beriringan dalam nada yang satu.
Tragedi
January 15th, 2008
Menganyam selendang kenangan
dari benang ingatan
Selembar sutera kasih
hadiah mimpi yang musnah
Tragedi kehidupan
terungkap dalam benda yang mudah
Rindu
January 13th, 2008
Bayu berhembus damai
awan berarak malu
redup cahaya bulan
Budak-budak berlari girang
emak bersimpuh santai
Rindu aku rindu
pada kenangan yang sudah
kalau boleh sesekali mahu pulang
mengimbau cerita lama yang indah
Nyaman sungguh kenangan lalu
selalu manis dalam ingatan.