Diari Hati
March 24th, 2008

Menulis diari hati
adalah renungan paling dalam
meyelami makna diri
dalam celahan kehidupan
Hati ini
akan selalu begini
selalu begini
selalu..
p/s: seminggu yg penuh likuan..aduhai..
Accusation
March 15th, 2008
Ada orang tanya. “Apa perasaan awak bila orang kata bloggers ni semuanya pembohong”. Oh..yang tukang tanya ini pun satu. Dia tahu saya jenis academic dan bukan merapu. Mungkin saja nak argue. Marahkah bloggers kita bila dituduh begitu? Entah la..Bagi penulis blog ini, nawaitu blog ini is for personal purpose. I was inspired by the words of a blogger (not from our country). Katanya menulis writing a blog is like a therapy. It’s like writing your thoughts in a diary. Few years back, I was inspired by Rudy. People can be resourceful during the hard times. Masa itu, belum tergerak untuk punya blog sendiri. Bila sudah jadi postgraduate student, perasaan mahu itu timbul sendiri. Kerana tiba-tiba saya merasakan hidup ini begitu pantas dan ‘banyak’. Time becomes limited, restricted and pricely. So here the function of Cerita Kehidupan takes place, through my own perspective.
So back to the question. I don’t mind with the accusation (pembohong, pembelit, whatsoever). Maaf, saya perhatikan bloggers kita sungguh hebat berbicara soal politik. Bagus idea kalian. Tapi bimbang juga ya..orang kata banyak berbicara membawa mudharat.
Kasih sayang saya pada negara takkan terungkap dengan kata-kata yang mudah. Hati akan tersentuh dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya terjadi. Hati yang luhur, doa yang tulus, cinta pada negara bermula begitu. Di sini kasih tertumpah, di sini mengharap aman. Persinggahan sementara menuju negeri yang abadi.
Jiwa Kami
March 15th, 2008
Bila semua berkumpul, kita seperti 20 tahun yang lampau. Berkongsi cerita lama yang hanya kita sahaja yang memahami. Kisah semalam bagai azimat melekat kemas dalam ingatan kita. Dalam ketawa kita hari ini, rupanya jiwa kita adik-beradik masih sama seperti zaman kanak-kanak dulu. Kak Long yang sudah punya enam anak, kalau berbicara nadanya masih seperti Kak Long yang kami kenal masa kecil-kecil dulu. Abang yang sudah merantau di negeri orang, bila pulang masih mengimbas-imbas lawak zaman kita nakal-nakal dulu.
Kenangan dan pengalaman berjalan seiring masa. Anugerah Tuhan buat kami yang adik-beradik. Dahulu masa dihabiskan dengan usik-mengusik sesama kami. Kini masa begitu mahal untuk selalu bersua. Sesekali berbicara panjang begini, hati terkenang yang dulu-dulu. Sungguh kita berjauhan dek jarak dan masa. Tapi jiwa kita adalah cantuman kenangan-kenangan itu. Akan selalu begitu. Selalu..
Alone
March 14th, 2008
( A Liberian refugee child.photo credit to happily saved)
Ada derita yang tersisa
pada sepasang mata kecil.
Aku cuma insan kecil
menghadapi sengsara yang besar
dengan jiwa kecil ini
cepat belajar makna cekal.
Kerana Tuhan itu amat penyayang
diberi janji buat pedoman
ubat mustajab hati yang teraniaya
“Sesungguhnya setiap kesukaran itu disusuli kemudahan”
“The soul that sees beauty may sometimes walk alone.”
Johann Wolfgang von Goethe
Really?
March 13th, 2008
.:Cerita Kehidupan:. had been listed as one of the Hot Blogs in Hadithuna.com today . Confused. Really? My blog is just a personal reflection of my everyday’s thought. Hmm..